Friday 16 September 2011

SELAMAT DATANG

Welcome to http://drfatra.blogspot.com 

Blog ini dibuat pada 15September2011. Minta maaf atas kekurangan blog yang baru dicipta ini. Terima kasih kerana sudi datang kesini. Selamat membaca.

Thursday 15 September 2011

Batu Besar

          Seorang petani mempunyai beberapa ekar tanah sawah yang sangat luas. Setiap kali membajak tanah, pasti ada bilah tajak yang dipasang pada traktor itu yang patah. Puncanya hanya satu, ditengah-tengah tanah sawahnya itu ada sebiji batu yang besar.
           Setelah satu tahun berlalu, isterinya mencadangkan agar batu tersebut dialihkan dari sawah mereka. Kemudian petani itu mengambil sebatang kayu untuk menduga kedalaman batu itu. Alangkah terperanjatnya dia apabila mendapati kedalaman batu itu hanyalah kira-kira 5cm. Walaupun batu itu kelihatan besar,hakikatnya batu itu nipis. Petani itu mengambil kapak dan mengetuk batu itu beberapa kali sehinga batu itu pecah.
           "Ooh.. rupanya senang aje nak pecahkan dan alihkan batu ini."



PENGAJARAN: Manusia sering memandang masalah kecil sebagai satu masalah besar. Hakikatnya kemampuan dan potensi manusia menyelesaikan masalah itu lebih besar daripada masalah yang wujud.

SEBATANG PENSIL




Si ibu bercerita kepada anaknya...
             
               "Ibarat pensil, ada tangan yang memegangnya. Bermakna ada kuasa yang membimbing langkah hidup mu.Ketika menulis, pensil kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensil ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk kamu menjadi lebih baik. Tahukah anak ibu yang mana yang lebih penting; luar atau isi pensil? Sudah tentu arang atau karbon didalamnya.Oleh itu berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu. Pensil ini selalu meninggalkan tanda atau goseran. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau orang lain. Ibu berharap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak..."


(Kisah ini dipetik dari majalah Solusi, isu No.35)           

DNA bukti kekuasaan ALLAH

           


                Maklumat-maklumat yang disimpan didalam DNA agak memeranjatkan. Jika ditulis pada helaian kertas, maklumat itu boleh menyamai sehingga 1 juta halaman sebuah ensiklopedia. Ini bermakna satu sel pada badan manusia mengandungi kira-kira satu juta halaman muka surat maklumat yang berkaitan dengan fisiologi dan fizikal seseorang.
               Sebagai analoginya, 23 jilid Encyclopedia Britannica yang merupakan ensiklopedia terbesar di dunia mengandungi 25,000 muka surat secara keseluruhan. Maka didalam molekul nuklues yang saiznya terlalu kecil  ditengah-tengah sel, tersimpan satu maklumat yang 40 kali ganda lebih banyak daripada ensilopedia yang terbesar didunia.
               Manusia dicipta dengan terlalu sempurna. Tidak mungkin ini adalah kebetulan. Jika maklumat genetik berasal dari sumber yang sama secara kebetulan, sudah tentu DNA untuk semua makhluk juga adalah sama. Ini lah bukti kekuasaan pencipta kita.