Maklumat-maklumat yang disimpan didalam DNA agak memeranjatkan. Jika ditulis pada helaian kertas, maklumat itu boleh menyamai sehingga 1 juta halaman sebuah ensiklopedia. Ini bermakna satu sel pada badan manusia mengandungi kira-kira satu juta halaman muka surat maklumat yang berkaitan dengan fisiologi dan fizikal seseorang.
Sebagai analoginya, 23 jilid Encyclopedia Britannica yang merupakan ensiklopedia terbesar di dunia mengandungi 25,000 muka surat secara keseluruhan. Maka didalam molekul nuklues yang saiznya terlalu kecil ditengah-tengah sel, tersimpan satu maklumat yang 40 kali ganda lebih banyak daripada ensilopedia yang terbesar didunia.
Manusia dicipta dengan terlalu sempurna. Tidak mungkin ini adalah kebetulan. Jika maklumat genetik berasal dari sumber yang sama secara kebetulan, sudah tentu DNA untuk semua makhluk juga adalah sama. Ini lah bukti kekuasaan pencipta kita.
No comments:
Post a Comment