Wednesday 19 October 2011

PSPM

                            CHEMISTRy A+
                                           MATHEMATICS A+
                                 ....                                               BIOLOGY A+
                   PHYSICS A+  


"Doa kan aku dapat result cam nih dalam PSPM1. Start exam minggu depan."

Tuesday 11 October 2011

KENALAN vs KAWAN vs SAHABAT

"Apa beza ye??" please don't ask me dis question bkoz i also dn't knw wat da diff. But , as for me.. Kenalan tu someone dat kita kenal.W'laupun not so close. Kawan is someone dat closer wit us like classmate, roomate, etc. How bout Sahabat??. To me sahabat is so special. Sahabat is da person dat wil help u, and give a BEST HELP wen u need it. Walaupun kita xminta, tapi dia akan support kita. It's hard to find sahabat.. HMM  .. kwn tu ada la ramai. HOW BOUT MUSUH hah?? can we be musuh wit others. Lets me think.. please give me few minutes to think.. hmmm...   hmmmm......hmmmmm.....hmmmmmmmmmm............................................................
.....................................................................................................................................
......................Zzzzzzzzzzz.......ZZZZZzzzzzzzzzzz...........................

Wednesday 5 October 2011

PLANET yang paling IDEAL

                          Terdapat banyak sistem yang seimbang pada bumi yang membolehkan manusia dan makhluk lain terus hidup. 


KANDUNGAN GAS DI ATMOSFERA

          Terdapat pelbagai jenis gas di dalam atmosfera yang kita diami, malah kuantiti dan nisbah gas-gas tersebut mestilah sesuai untuk keperluan biologi manusia dan hidupan lain.
           Secara umumnya, atmosfera mengandungi 78% gas nitrogen, 21% Oksigen, dan selebihnya 1% terdiri dari gas karbon dioksida dan gas-gas lain. Sekiranya berlaku sedikit perubahan, nescaya semua hidupan di muka bumi ini akan mati.
            Sebagai contoh, sekiranya komposisi gas oksigen didalam atmosfera melebihi 21%, ia akan menyebabkan kerosakan yang serius pada sel-sel kita. Sekiranya, peratusan ini kurang daripada 21%, ia akan menganggu sistem pernafasan dan makanan yang dicerna tidak dapat ditukarkan menjadi tenaga. 


DAYA GRAFITI
          
            Apa yang akan berlaku sekiranya ALLAH menciptakan bumi dengan saiz yang lebih besar dari sekarang? Daya graviti akan meningkat menyebabkan tarikan gas-gas ammonia dan metana dari angkasa yang berbahaya kepada kehidupan. 
            Sekiranya bumi dicipta lebih kecil? Daya graviti akan berkurang, lantas menyebabkan gas-gas di atmosfera akan terlepas di angkasa. Bumi akan kehilangan air yang banyak, menyebabkan mustahil bumi untuk didiami.




LAPISAN OZON


            Lapisan ozon berfunsi untuk menyerap sinaran UV yang tinggi dari matahari sebelum sampai ke permukaan bumi. Namun ini tidak bermakna semakin tebal lapisan ozon itu semakin baik. Sekiranya lapisan ini tebal dari biasa, bumi akan menjadi terlalu sejuk dan sekiranya terlalu nipis menyebabkan bumi menjadi panas. 




PENDAPAT PERIBADI: Keseimbangan ini tidak ada pada mana-mana planet lain. Macam mana kita nak 'bayar' semua nikmat yang kita dapat ini? Kita tidak dapat nak 'bayar' nilai sebiji mata pun  walau beribadat seribu tahun. Bersyukurlah kerana dalam berbillion sperma dan follicle, karekter kita yang dipilih. Kenapa? Pastinya karekter kita ini hebat. Saya sedih bila dengar orang cakap, "Alah, aku ni bodoh, sebab tu tak berjaya. Orang benggap macam aku ni menyusahkan mak bapak aje. Baik tak payah hidup." Kata-kata seperti ini seolah-olah merendah-rendahkan ciptaan ALLAH. Tolonglah kawan, jangan sesekali kata pada diri ayat-ayat yang menghina diri sendiri dan menghina ciptaan ALLAH. Kalau tidak berjaya itu dugaan, usaha lagi. Mungkin bukan bodoh tapi malas. Percayalah Anda seorang yang hebat!! Kalau tidak, anda tidak mungkin dipilih untuk hidup dan perpijak pada bumi yang mengagumkan ini. ANDA HEBAT!!!!!!!

Tuesday 4 October 2011

All about me

Assalamualaikum saudara saudari sekalian,

        BENAR, ilmu ku tidak setinggi kalian.
        BENAR, ibadat ku tidak sebanyak kalian.
        BENAR, diri ku tidak sehebat kalian.


     TETAPI, aku ingin juga menyampaikan apa yang aku tahu walau sekecil mana pun maklumat itu kerana aku akan dipersoalkan atas setiap maklumat (ilmu) yang aku terima.


       Aku sedar siapa lah diri ku ini untuk mengajar kalian tapi aku sangat takut jika nikmat yang aku terima sejak diri ku dipilih untuk menjadi zygote akan dipertanggungjawabkan. Mata yang membaca, kaki yang melangkah, telinga yang mendengar, jari yang menaip, akal yang beroperasi.. Rugi lah kalau aku tidak guna kan nikmat ini untuk menyampaikan sesuatu.


       OLEH ITU, aku sedaya upaya menyampaikan apa yang aku tahu.. dan ajari ku apa yang aku belum tahu. Sesungguhnya banyak perkara yang aku belum tahu.

Friday 16 September 2011

SELAMAT DATANG

Welcome to http://drfatra.blogspot.com 

Blog ini dibuat pada 15September2011. Minta maaf atas kekurangan blog yang baru dicipta ini. Terima kasih kerana sudi datang kesini. Selamat membaca.

Thursday 15 September 2011

Batu Besar

          Seorang petani mempunyai beberapa ekar tanah sawah yang sangat luas. Setiap kali membajak tanah, pasti ada bilah tajak yang dipasang pada traktor itu yang patah. Puncanya hanya satu, ditengah-tengah tanah sawahnya itu ada sebiji batu yang besar.
           Setelah satu tahun berlalu, isterinya mencadangkan agar batu tersebut dialihkan dari sawah mereka. Kemudian petani itu mengambil sebatang kayu untuk menduga kedalaman batu itu. Alangkah terperanjatnya dia apabila mendapati kedalaman batu itu hanyalah kira-kira 5cm. Walaupun batu itu kelihatan besar,hakikatnya batu itu nipis. Petani itu mengambil kapak dan mengetuk batu itu beberapa kali sehinga batu itu pecah.
           "Ooh.. rupanya senang aje nak pecahkan dan alihkan batu ini."



PENGAJARAN: Manusia sering memandang masalah kecil sebagai satu masalah besar. Hakikatnya kemampuan dan potensi manusia menyelesaikan masalah itu lebih besar daripada masalah yang wujud.

SEBATANG PENSIL




Si ibu bercerita kepada anaknya...
             
               "Ibarat pensil, ada tangan yang memegangnya. Bermakna ada kuasa yang membimbing langkah hidup mu.Ketika menulis, pensil kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensil ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk kamu menjadi lebih baik. Tahukah anak ibu yang mana yang lebih penting; luar atau isi pensil? Sudah tentu arang atau karbon didalamnya.Oleh itu berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu. Pensil ini selalu meninggalkan tanda atau goseran. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau orang lain. Ibu berharap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak..."


(Kisah ini dipetik dari majalah Solusi, isu No.35)